Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Ternak ketam nipah berbaloi, raih pendapatan RM10,000 sebulan

 KOTA BHARU - Ketika melihat hidangan mi segera ketam nipah berada di atas meja seseorang tidak dapat menahan kecur dek aroma masakan dengan rasa masam, manis dan pedas yang cukup dan ditambah dengan kesegaran rasa ketam nipah yang penuh dengan isi. Namun, ketika menikmati hidangan yang membangkitkan selera itu tidak ramai memikirkan bagaimana jerih perihnya penternak ketam nipah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini yang terpaksa bergelumang dengan selut dan lumpur bagi memastikan ketam nipah terbaik tersedia di atas meja pelanggan untuk dinikmati. ditaja Seorang penternak Mat Yassin, 55, yang mengusahakan kawasan ternakan ketam nipah seluas dua hektar di tebing Sungai Kelantan berkata beliau memasang pagar setinggi 12 kaki di kolam yang mana 10 kaki berada di dalam tanah bagi mengelakkan ketam yang diternak keluar dari kawasan kolam. Beliau berkata kebiasaannya semasa air pasang, ketam nipah akan naik ke darat dan akan berlindung daripada panas cahaya matahari di ...

[Video/3 foto] Kebakaran Hutan Dasyat Di Korea Selatan: 2 Maut Dan Lebih 4,000 Penduduk Dipindahkan

Kebakaran tersebut yang berlaku semalam dipercayai bermula dari percikan api berhampiran sebuah resort di di bandar Goseong di wilayah Gangwon dan merebak pula, ke sebuah pusat peranginan tepi pantai di bandar Sokcho. ditaja Angin kuat menyebarkan api dengan cepat sehingga memusnahkan kawasan seluas kira-kira 385 hektar dan 318 kediaman, gudang dan juga bangunan lain.  Setakat ini dua sudah dilaporkan maut manakala lebih 4,0000 penduduk dipindahkan. Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in  berkata, pihak kerajaan sudah mengerahkan  kira-kira 45 helikopter, 77 jentera bomba dan 13,000 kakitangan dari seluruh negara untuk mengawal kebakaran itu. Sumber : shark news ditaja Ketahui lanjut A A Berbual -- →suka post ini, klik like, komen   Ruangan ditaja : Inginkan perniagaan anda terkenal dan terpamer disini? Hubungi kami dengan baget yang sangat rendah sehingga RM0.10 [T&C] untuk satu post . <@hubungi kami> ...

Terengganu. Tak bergaya dan mewah, tapi petani berstatus ijazah ini mampu raih pendapatan cecah RM80,000 semusim!

JERTIH - Segelintir anak muda lepasan universiti kini memilih berbudi pada tanah dengan menggabungkan ilmu yang diperoleh untuk meraih pendapatan lumayan. Meskipun kelihatan tidak bergaya dan mewah, tiada siapa sangka di sebalik wajah kusam dan pakaian lusuh, pendapatan mereka mampu mencecah RM80,000 semusim iaitu antara tujuh hingga lapan bulan. ditaja Abdul Rahman Mohd Nor, 30, yang pernah menerima tawaran bekerja di pejabat kerajaan pada penghujung tahun lepas merupakan antara penanam cili besar atau nama saintifiknya Capsicum anuum, yang berjaya. Beliau berkata minat terhadap bidang itu melebihi keinginan bekerja di pejabat berhawa dingin. "Saya tahu apabila menceburi bidang pertanian risikonya amat besar berbanding bekerja di pejabat dengan gaji tetap setiap bulan, namun ia bukan alasan untuk saya mencapai impian bergelar petani moden yang berjaya. "Apabila saya tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar di Universiti Kebangs...

[Video] Cari sudah, bincang pun sudah... betul ke bunian enggan lepaskan Acap?

MISTERI kehilangan Mohamad Ashraf Hasan, yang sudah memasuki hari ke-11 ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak masih menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia yang bimbang dengan nasib yang menimpanya. Lebih menghibakan, video rintihan ibu kepada pemuda berusia 29 tahun yang lebih mesra dengan sapaan Acap yang memanggilnya ketika menyertai pasukan mencari mengundang sebak netizen. Kehilangan Acap sejak 23 Mac lalu juga telah menimbulkan pelbagai versi dalam kalangan netizen yang membincangkan punca dia 'ghaib' tanpa sebarang petunjuk termasuk dikatakan disembunyikan oleh bunian. ditaja Malah turut diceritakan pelbagai kejadian misteri berlaku kepada sukarelawan yang menyertai misi pencarian Acap di lokasi kejadian seperti diganggu makhluk halus serta penampakan kelibat serta pelbagai lagi. Sukarelawan giat mencari Acap sehingga ke Bukit Batu Putih Gopeng. Salah seorang sukarelawan itu, Amiruddin Daud, 58 ketika dihubungi mSta...