Langkau ke kandungan utama

Rahsia Resepi jeruk mangga gilerr sedap





Welcome back! terima kasih pembaca setia kerana sudi singgah di blog ini, kali ini saya mau kongsikan cara buat jeruk mangga super sedap tanpa menggunakan bahan pengewet! sebelum itu jangan lupa follow fb saya (kat bawah sekali) untuk dapatkan banyak lagi tips menarik.

Saya ni boleh dikatakan penggemar jeruk buah-buahan terutama mangga dan kedondong, baru-baru ni saya ada pergi ke pulau Pinang, sempat tapau jeruk Pak Ali yang cukup terkenal di sana.

Tapi tahukah anda makan terlalu banyak jeruk adalah tidak baik untuk kesihatan malah boleh mengakibatkan penyakit kanser, kecacatan bayi dan kurangnya daya tahap imun badan.
ditaja

Biasanya jeruk yang dijual di kedai ini menggunakan bahan pengewet supaya tahan lama serta tidak cepat rosak. Bagi korang yang terasa mengidam mau makan jeruk, korang boleh buat sendiri resepi yang dikongsikan oleh saudari Nor Shakinah Md Zainal ni. Sangat senang mmbuatnya dan tidak menggunakan sebarang bahan pengewet.

Cara-caranya membuat jeruk mangga tanpa bahan pengewet:

BAHAN-BAHAN:

ditaja

1 plastik buah mangga. saya gunakan mangga epal ( RASA: Anggaran dalam 15-20 biji)
2 genggam garam kasar
1 sudu makan kapur makan – dibancuh dengan air
1 kilo gula pasir
3 cawan air
2 balang plastik besar

CARA PENYEDIAAN:

1. Basuh buah mempelam hingga bersih dan potong ikut kreativiti sendiri. Lebih sedap jika dikupas kulitnya. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.



Isi hirisan mempelam dalam balang dan masukkan garam kasar anggaran 1 genggam untuk satu balang besar seperti dalam gambar di bawah. Peram semalaman dalam peti sejuk. Keesokan harinya, sejatkan air.
3 Masukkan kembali mempelam dalam balang. Buat air kapur. Ambil 1 sudu makan kapur dan bancuh dengan air. Jumlah air anggaran tenggelam buah. Tuang dalam balang. Peram selama 24 jam.
4 Untuk kuantiti mempelam sebanyak 1 plastik tadi, guna 1 kg gula dan masak dengan 3 cawan air. Jika mau lebih air pun boleh. Setelah gula larut, sejukkan selama 10 minit.

5 Ambil mempelam yang telah direndam air kapur, cuci bersih dan toskan airnya. Masukkan ke dalam balang dan masukkan air gula. Tidak mengapa jika mempelam tidak tenggelam kerana nanti buah tadi akan berair sendiri.
6 Tadaa! inilah hasil mempelam yang direndam dengan air gula. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati pada keesokan harinya bersama keluarga.
7 Jeruk mangga yang telah sedia untuk dinikmati. Jemput makan.

Selamat mencuba! jangan lupa like page Sensasi Heboh untuk dapatkan banyak lagi tips dan info yang menarik.


resipi & foto: via selera kampung

http://picasion.com/


--
→suka post ini, klik like, komen


 Ruangan ditaja: Inginkan perniagaan anda terkenal dan terpamer disini? Hubungi kami dengan baget yang sangat rendah RM1.OO untuk satu post.

Comments
Comments


 
© 2014    Sensasiheboh.com 



Ulasan

Baca juga >>

Ternak ketam nipah berbaloi, raih pendapatan RM10,000 sebulan

 KOTA BHARU - Ketika melihat hidangan mi segera ketam nipah berada di atas meja seseorang tidak dapat menahan kecur dek aroma masakan dengan rasa masam, manis dan pedas yang cukup dan ditambah dengan kesegaran rasa ketam nipah yang penuh dengan isi. Namun, ketika menikmati hidangan yang membangkitkan selera itu tidak ramai memikirkan bagaimana jerih perihnya penternak ketam nipah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini yang terpaksa bergelumang dengan selut dan lumpur bagi memastikan ketam nipah terbaik tersedia di atas meja pelanggan untuk dinikmati. ditaja Seorang penternak Mat Yassin, 55, yang mengusahakan kawasan ternakan ketam nipah seluas dua hektar di tebing Sungai Kelantan berkata beliau memasang pagar setinggi 12 kaki di kolam yang mana 10 kaki berada di dalam tanah bagi mengelakkan ketam yang diternak keluar dari kawasan kolam. Beliau berkata kebiasaannya semasa air pasang, ketam nipah akan naik ke darat dan akan berlindung daripada panas cahaya matahari di ...