SEORANG ahli teori dari London, United Kingdom menggariskan pandangannya yang jauh bahawa bumi itu sebenarnya adalah rata.
Safvan yang merupakan kelahiran India berusia 23 tahun itu merupakan graduan sains memberikan beberapa pandangan yang agak aneh mengenai bumi.
gambar hiasan
Dia merupakan sebahagian daripada komuniti dalam talian yang semakin ramai menolak kebijaksanaan konvensional bahawa bumi adalah bulat.
ditaja
Pelajar ijazah sarjana itu berkata, dia mula menyedari bahawa dunia itu rata semasa usianya 18 tahun dan mempelajari sifat-sifat air.
"Air tidak dapat mencengkam bola seperti itu," katanya kepada MyLondon.
"Walaupun dengan graviti itu mustahil.
"Saya telah membuat penyelidikan untuk masa yang lama," katanya.
Golongan pemikir bahawa bumi itu adalah rata kini semasa ramai.
Safvan menjelaskan bahawa sekiranya saiz bumi adalah seperti yang diperkatakan oleh ahli sains, maka pasti terdapat lengkungan dalam di dunia secara perbatuan.
Dengan jumlah lengkungan itu, tidak mustahil untuk melihat langit Chicago di Amerika Syarikat dari seberang Tasik Michigan.
ditaja
"Itu merupakan contoh yang sangat terkenal mengenai konspirasi bahawa bumi adalah mendatar," jelasnya.
Safvan percaya bahawa Antartika (Kutub Selatan) tidak berada di bahagian bawah dunia dan sebenarnya berada di sekeliling bumi.
Ini bermakna di pinggir dunia, air laut dipenuhi oleh dinding ais gergasi.
"Kenapa awak fikir hanya para penyelidik boleh pergi ke sana?," soalnya. - Mirror UK

A A
--
→suka post ini, klik like, komen
Ruangan ditaja: Inginkan perniagaan anda terkenal dan terpamer disini? Hubungi kami dengan banyak pekej & baget yang sangat rendah sehingga RM1.OO .


