Langkau ke kandungan utama

Kami ikut peraturan kata peniaga Pakistan




--

IKUT PERATURAN: Amer menunjukkan dokumen perniagaannya semasa ditemui di kedainya semalam.

BAU: “Laporkan kami kepada pihak berkuasa dan kami bersedia untuk disiasat,” kata seorang peniaga warganegara Pakistan yang terkilan susulan laporan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa kehadiran mereka di daerah tersebut menakutkan.

Peniaga terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amer, 40-an, berkata selama enam tahun berniaga perabot dan perkakas elektrik di Bau, hubungannya dengan masyarakat setempat sangat baik, malah kebanyakan pelangannya juga adalah dari kalangan penduduk tempatan.

Justeru, dia menempelak dakwaan NGO tersebut dan beranggapan ada pihak yang cuba untuk merosakkan perniagaan mereka.

“Selama saya berniaga di sini (Bau), belum ada saya menerima aduan terutama daripada pelanggan saya mengenai apa salah laku saya dan sekiranya ada, sila buat laporan kepada pihak berkuasa dan saya bersedia untuk memberi kerjasama,” katanya kepada Utusan Borneo.

Menurutnya lagi, kaedah menjual barang dari rumah ke rumah bukan diamalkan oleh mereka yang membuka perniagaan di daerah tersebut.

“Kami di sini (Bau) tidak menjual dari rumah ke rumah dan seperti yang tular di media sosial hari ini (semalam) saya dapati gambar orang yang menjual dari rumah ke rumah itu adalah peniaga yang bukan berniaga di sini (Bau).

“Mereka datang ke sini berjual dengan kaedah tersebut seolah-olah cuba memberikan gambaran buruk kepada kami yang berniaga di sini.

“Nasihat saya kepada mereka yang saya percaya juga warga Pakistan adalah berniagalah seperti yang dibenarkan oleh pihak berkuasa, tunggu pelangan di kedai dan insya-Allah mereka akan datang sekiranya memang rezeki kita,” jelas Amer.

Amer memberitahu, selain jualan secara tunai, dia turut menawarkan kaedah bayaran ansuran kepada pelanggannya.

“Bagi pelanggan yang tidak dapat datang ke kedai untuk urusan bayaran ansuran bulanan, maka mereka akan memaklumkan kepada kita untuk mengambil wang di rumah atau di mana-mana tempat yang mereka janjikan.

“Kita tidak pernah paksa mereka untuk membeli dan membayar, malah kita juga tidak akan ‘tarik’ barang-barang sekiranya mereka tidak membayar, tetapi kita bagi mereka masa untuk membayar dan setakat hari ini semua pelangan saya memang tiada yang tidak bayar,” katanya.

Amer menetap di Bau bersama isterinya yang juga warganegara Pakistan serta tiga orang anaknya yang masing-masing bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bau dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lake.

Pemantauan Utusan Borneo di sekitar pasar Bau semalam mendapati terdapat sekurang-kurangnya lima kedai menjual perabot dan perkakas elektrik milik warganegara Pakistan dan difahamkan terdapat sebuah lagi di Serikin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon semasa dihubungi memberitahu sehingga Khamis lepas hanya dua laporan polis diterima terhadap peniaga Pakistan di daerah tersebut iaitu pada 2015 dan satu lagi pada 9 Februari lalu.

“Laporan bagaimanapun telah kita rujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala laporan yang mendakwa kereta yang digunakan mereka (Pakistan) menggunakan nombor pendaftaran palsu juga kita dapati didaftar atas nama seorang warga Pakistan beralamat di Matang,” katanya.

Difahamkan, JIM Sarawak turut melakukan operasi di Pasar Bau pada Khamis lepas susulan laporan tersebut dan berjaya menahan tiga lelaki warga Pakistan atas kesalahan tamat tempoh dokumen perjalanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Jinep turut akan membuat sidang media berhubung perkara tersebut hari ini.

Kategory 

Sarawak

Sumber : utusan borneo online

Baca juga di fabook●●


..

A  A
http://picasion.com/


--

 Ruangan ditaja: Inginkan perniagaan anda terkenal dan terpamer disini? Hubungi kami dengan baget yang sangat rendah.
<@hubungi kami>
© 2014    Sensasiheboh.com 



Ulasan

Baca juga >>

Ternak ketam nipah berbaloi, raih pendapatan RM10,000 sebulan

 KOTA BHARU - Ketika melihat hidangan mi segera ketam nipah berada di atas meja seseorang tidak dapat menahan kecur dek aroma masakan dengan rasa masam, manis dan pedas yang cukup dan ditambah dengan kesegaran rasa ketam nipah yang penuh dengan isi. Namun, ketika menikmati hidangan yang membangkitkan selera itu tidak ramai memikirkan bagaimana jerih perihnya penternak ketam nipah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini yang terpaksa bergelumang dengan selut dan lumpur bagi memastikan ketam nipah terbaik tersedia di atas meja pelanggan untuk dinikmati. ditaja Seorang penternak Mat Yassin, 55, yang mengusahakan kawasan ternakan ketam nipah seluas dua hektar di tebing Sungai Kelantan berkata beliau memasang pagar setinggi 12 kaki di kolam yang mana 10 kaki berada di dalam tanah bagi mengelakkan ketam yang diternak keluar dari kawasan kolam. Beliau berkata kebiasaannya semasa air pasang, ketam nipah akan naik ke darat dan akan berlindung daripada panas cahaya matahari di ...

Rahsia Resepi jeruk mangga gilerr sedap

Welcome back! terima kasih pembaca setia kerana sudi singgah di blog ini, kali ini saya mau kongsikan cara buat jeruk mangga super sedap tanpa menggunakan bahan pengewet! sebelum itu jangan lupa follow fb saya (kat bawah sekali) untuk dapatkan banyak lagi tips menarik. Saya ni boleh dikatakan penggemar jeruk buah-buahan terutama mangga dan kedondong, baru-baru ni saya ada pergi ke pulau Pinang, sempat tapau jeruk Pak Ali yang cukup terkenal di sana. Tapi tahukah anda makan terlalu banyak jeruk adalah tidak baik untuk kesihatan malah boleh mengakibatkan penyakit kanser, kecacatan bayi dan kurangnya daya tahap imun badan. ditaja Biasanya jeruk yang dijual di kedai ini menggunakan bahan pengewet supaya tahan lama serta tidak cepat rosak. Bagi korang yang terasa mengidam mau makan jeruk, korang boleh buat sendiri resepi yang dikongsikan oleh saudari Nor Shakinah Md Zainal ni. Sangat senang mmbuatnya dan tidak menggunakan sebarang bahan pengewet. Cara-caranya membuat j...