●●
CHRISTCHURCH: Suspek pembunuhan beramai-ramai, Brenton Tarrant, 28, menolak untuk membuat sebarang permohonan diikat jamin. Dia ditahan sehingga sesi mahkamah seterusnya yang dijadual 5 April ini.
Bekas jurulatih kesihatan itu turut melihat ke arah media beberapa kali sepanjang masa sesi pendengaran yang telah diadakan secara tertutup atas faktor keselamatan.
Seramai 42 mangsa yang masih dirawat di hospital, termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun selepas serangan ganas yang disifatkan terburuk ke atas komuniti Islam di Barat dalam era moden.
Manakala di luar mahkamah yang dikawal ketat oleh anggota polis bersenjata, anak-anak lelaki kepada Daoud Nabi, seorang lelaki bangsa Afghanistan berusia 71 tahun menuntut keadilan yang sewajarnya.
“Ia sangat lah dahsyat dan tidak boleh dibayangkan,” kata salaseorang dari mereka.
Perdana Menteri New Zeland pula , Jacinda Ardern hari ini berkata, kebanyakan mangsa itu berasal dari beberapa buah negara Islam seluruh dunia termasuk Turki, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia.
Menurut rangkaian televisyen Al Arabiya milik kerajaan Arab Saudi, seorang rakyat negara itu terbunuh manakala salaseorang lagi cedera.
Menteri Luar Jordan pula berkata, sekurang-kurangnya dua rakyat negara itu terbunuh dan jurucakap kementerian luar Pakistan pula, Mohammed Faisal mengesahkan lima rakyat mereka masih hilang.
Ardern menyifatkan serangan pembunuhan itu sebagai satu serangan pengganas dan berkata penyerang berkenaan bukan dalam senarai pemerhatian atau memiliki sebarang rekod jenayah.
“Dia secara sah membeli dua senjata separuh automatik, dua senapang patah dan satu senapang lain.
“Dia memiliki lesen senjata api sejak November 2017 dan mula membeli senjata bulan berikutnya,” katanya.
Siasatan awal pula mendapati, suspek telah merancang setiap idea radikal itu dan melakukan persediaan dahulu selama dua tahun untuk menghasilkan manifesto pembunuhan.
Dia turut menyiarkan secara langsung pembunuhan setiap mangsa, sebilangan daripada mereka ditembak dari jarak dekat di masjid utama Christchurch. – AFP

A A
--
→
Ruangan ditaja: Inginkan perniagaan anda terkenal dan terpamer disini? Hubungi kami dengan baget yang sangat rendah.
<@hubungi kami>
<@hubungi kami>
© 2014 Sensasiheboh.com


Ulasan
Catat Ulasan