--
SANDAKAN: Lebih 100 penduduk hilang tempat tinggal apabila 32 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Air, di sini, pagi tadi.
Kebakaran bermula kira-kira jam 5.20 pagi itu turut menyebabkan seorang lelaki melecur di tangan, namun kejadian dilapor tiada membabitkan kehilangan nyawa.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata bomba menerima panggilan pada jam 5.28 pagi.
Katanya, seramai 19 pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian bersama tiga jentera, sebuah kenderaan utiliti dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Kebakaran membabitkan 32 rumah jenis tidak kekal yang musnah keseluruhan dengan anggaran keluasan 0.8 hektar dan operasi terkawal pada jam 6.30 pagi,” katanya. (Video dibawah)
Sumber : BH Online

A
Tonton video
A
--
→
Ruangan ditaja: Inginkan perniagaan anda terkenal dan terpamer disini? Hubungi kami dengan baget yang sangat rendah.
<@hubungi kami>
<@hubungi kami>
© 2014 Sensasiheboh.com



Ulasan
Catat Ulasan